awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
14/01/2018
12:01 MYT
Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati
Suami mangsa datang ke Balai Polis Kuala Sepetang dan mengaku bahawa dia telah memukul isterinya dan mendatangkan kecederaan. - Gambar Hiasan
Gara-gara cemburu, seorang suami dipercayai memukul isterinya sehingga mati dalam kejadian di Matang, dekat sini pada pagi Jumaat lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya mendapat maklumat awal mengenai kes tersebut apabila suami mangsa datang ke Balai Polis Kuala Sepetang untuk mengaku bahawa dia telah memukul isterinya dan mendatangkan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya kemudian telah menangkap suami mangsa ketika membuat laporan awal dengan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
“Lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berumur 40 tahun itu membuat laporan bahawa dia telah memukul isterinya sehingga cedera, sebelum isterinya tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping dengan menggunakan ambulans.
“Insiden itu dipercayai berpunca akibat daripada suami wanita tersebut mengesyaki hubungan rapat isterinya dengan lelaki lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada hari sama berikutan disyaki mempunyai pendarahan dalam otak.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun sekitar jam 9.30 malam semalam (Sabtu) dan bedah siasat kes pada pagi Ahad mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala,” katanya lagi.
Razlam berkata, suami mangsa direman selama tiga hari sehingga 15 Januari ini.
Katanya, polis akan memohon lanjutan reman yang berakhir esok bagi membantu siasatan yang mana diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Isteri mangsa yang berusia 38 tahun merupakan seorang surirumah dan meninggalkan empat orang anak berumur antara lima hingga 15 tahun.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Kuala Sepetang
#cedera di kepala
#cemburu
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Pukul isteri mati
#Superitendan Razlam Ab Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan