awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerangka bumbung runtuh: MPSP arah henti kerja pembinaan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/02/2019
10:30 MYT
Kerangka bumbung runtuh: MPSP arah henti kerja pembinaan
Dua pekerja maut di tapak pembinaan tersebut manakala seorang lagi maut ketika menerima rawatan di hospital. - Astro AWANI
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan arahan berhenti kerja bagi kerja pembinaan semula sebuah bangunan kilang susulan kejadian runtuhan tiang dan kerangka bumbung di Lorong Perusahaan Maju 8 di Perai pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Yang Dipertua MPSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, arahan pemberhentian kerja dikeluarkan serta-merta mengikut Seksyen 70(9)(b) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dan salinan turut diberikan kepada pemaju serta Lembaga Jurutera Malaysia.
Katanya, pihak bertanggungjawab perlu segera mengemukakan surat kemungkiran pembinaan yang dijalankan berkenaan struktur bangunan runtuh, serta mengemukakan tindakan pemulihan yang diambil.
BACA: Seorang lagi mangsa runtuhan kerangka bumbung maut
Rozali berkata, MPSP juga telah membuat pemantauan di tapak pembinaan dan meminta maklum balas pihak bertanggungjawab untuk tindakan pembetulan kesalahan untuk membuat laporan lengkap menerusi kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Dalam kejadian jam 4.20 petang Jumaat, tiga pekerja binaan iaitu seorang warga tempatan dan dua warga asing maut selepas dihempap kerangka bumbung di tapak pembinaan tersebut.
Warga tempatan, P. Kumar, 46 tahun, dan lelaki Myanmar, Rofi Khan, 32, maut ditempat kejadian manakala Amir Udin Abil Kasim, 20, juga warga Myanmar, maut ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Tiga lagi warga asing yang cedera parah kini sedang menerima rawatan di hospital sama.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu kren terlanggar struktur tiang yang menyebabkan kerangka bumbung yang masih dalam pembinaan runtuhan.
Topic Berkaitan
#bumbung runtuh
#Majlis Perbandaran Seberang Perai
#MPSP
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan