Skip to main content

Malaysia

Kerangka perundangan kukuh diperlukan hadapi ancaman siber - PM

Anwar Ibrahim
Anwar berkata beberapa aspek teknikal berkaitan perundangan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikannya bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara lebih menyeluruh dan berkesan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempunyai kerangka perundangan yang adil, komprehensif dan berkeupayaan menangani keperluan serta cabaran dalam era digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa aspek teknikal berkaitan perundangan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikannya bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Advertisement

"Seyogia, perkara ini amat penting dan wajar diberi perhatian serius memandangkan persekitaran siber kini merentasi hampir setiap aspek kehidupan, baik pada masa ini mahupun pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA  

Must Watch Video