Projek kereta nasional ketiga tidak bercanggah dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan di samping menjadikan industri automotif lebih berdaya saing.
"Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif," katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang mempersoalkan rancangan kerajaan untuk melancarkan kereta nasional ketiga yang disifatkan bercanggah dengan polisi kerajaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar raya utama negara.
Menjawab soalan Rozman mengenai tarikh pelancaran kereta nasional itu, beliau berkata rancangan tersebut masih pada peringkat cadangan.
Leiking berkata jika pelancaran itu menjadi nyata, selain daripada insentif percukaian, insentif menarik lain akan diberikan kepada pengusaha mengikut polisi yang terkandung Dasar Automotif Nasional (NAP) 2018 yang akan diumum kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, menjawab soalan Ahmad Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang mahu industri kereta nasional ketiga ditumpukan di Pantai Timur berbanding sebelah Pantai Barat sebelum ini, beliau berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan.
"Saya juga gembira jika industri ini ditumpu di kawasan Sabah dan Sarawak. Kita akan pertimbangkan supaya ia digalakkan di kawasan Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak," katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lepas.
-- Bernama
Bernama
Wed Aug 15 2018
LEIKING: Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif. - Gambar fail
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei
Ikuti kupasan Penganalisis Politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei.
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata tugas untuk mentransformasi dunia AI sebagai melengkapkan agenda pembangunan negara perlu dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain.
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
Polis beri amaran tidak main isu 3R
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi maran kepada semua pihak supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja) yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam ketika Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Baharu.
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia
Penantian kira-kira 260 penduduk Kampung Orang Asli Kerling di Kuala Kubu Baharu untuk mendapatkan perkhidmatan berakhir setelah kawasan itu kini sudah menerima isyarat liputan daripada empat penyedia telekomunikasi utama.
PH ada sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Centre
Jumlah pengundi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu dijangka sekitar 70 peratus, dengan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao dijangka mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon yang lain.
Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang ada sedikit kelebihan.
Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang ada sedikit kelebihan.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
[RASMI] PRU15: Darell bukan lagi 'giant', tewas di Penampang
Datuk Ewon Benedict menang di Parlimen Penampang menewaskan penyandangnya Datuk Darell Leiking dengan undi 29,066 dan majoriti 14,410 undi.
PRU15: 'Giant Killer' Penampang selesai mengundi
Beliau yang juga Timbalan Presiden Warisan mengundi sekitar pukul 9.30 pagi bersama isterinya, Jennifer Jongiji.
Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking
Semua ahli Parti Warisan (Warisan) diingatkan tidak mengamalkan politik wang sepanjang Pemilihan dan Perhimpunan Agung parti itu selama dua hari mulai hari ini.
Pas Sementara Sabah: 'Dulu kritik, sekarang setuju pula' - Darell Leiking
Usaha melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.
Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.
Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.
PRN Sabah: Pemimpin Pusat jangan jual cerita dongeng ketika kempen
Pemimpin Pusat yang datang ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri ke-16 diingatkan tidak menyalahgunakan kemasukan dengan menyampaikan cerita dongeng ketika berkempen.
Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.
Bekas menteri dan timbalan menteri parti Warisan diserap pengerusi GLC Sabah
Dua wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Darell Leiking serta Datuk Mohd Azis Jamman.