awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas langgar pokok, bekas wartawan maut dalam kemalangan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
21/06/2019
03:48 MYT
Kereta terbabas langgar pokok, bekas wartawan maut dalam kemalangan
Dalam kejadian sekitar 3.10 pagi tadi itu, mangsa Jason Gerald John, 44, maut di tempat kejadian manakala isterinya D S Krisa, 37, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka. - Foto Astro AWANI

Seorang bekas wartawan New Straits Times (NST) Melaka maut selepas kenderaan dipandu isterinya terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Ayer Keroh berhampiran Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian sekitar 3.10 pagi tadi itu, mangsa Jason Gerald John, 44, maut di tempat kejadian manakala isterinya D S Krisa, 37, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, siasatan awal polis mendapati bahawa kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menghala ke Melaka. “Dipercayai sampai di lokasi kemalangan, kereta jenis Proton Persona itu telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan. “Kereta itu dipandu isteri mangsa manakala mangsa yang maut duduk di bahagian penumpang hadapan,” katanya ketika dihubungi. D S Krisa, 37, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka. - Foto Astro AWANI

D S Krisa, 37, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka. - Foto Astro AWANI
Beliau berkata kes tersebut disiasat dibawah seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Dalam pada itu, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh yang diketuai PBK II Zainudin Bin Abdullah terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa setelah menerima aduan mengenai kejadian itu. Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#A Asmadi Abd Aziz
#bekas wartawan
#Hospital
#Jason Gerald John
#kemalangan
#maut
#nst
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan