awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbakar selepas langgar babi

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2018
01:50 MYT
Kereta terbakar selepas langgar babi
Keadaan kereta yang musnah terbakar dalam kemalangan jalan raya di Paka- Al Muktaffi Billah Shah berhampiran simpang Ketengah Jaya, malam tadi. -Sinar Harian
Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki musnah terbakar dalam kemalangan jalan raya di Paka- Al Muktaffi Billah Shah berhampiran simpang Ketengah Jaya, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, kereta dipandu Izudin Embong, 45, telah merempuh seekor bangkai babi di tengah jalan.
Sewaktu kejadian mangsa yang juga kakitangan Petronas dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketengah Jaya.
Mangsa tiba-tiba terlanggar bangkai babi menyebabkan enjin kenderaannya berasap dan terbakar.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Razidi Abdul Rahim berkata pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 malam.
"Pihak kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam kebakaran sepenuhnya.
"Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
Topic Berkaitan
#Al Muktaffi Billah Shah
#Izudin Embong
#kereta musnah terbakar
#Ketengah Jaya
#langgar babi
#Razidi Abdul Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan