awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
MITRA kini di bawah KESUMA - Ramanan
Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind

Bernama
Bernama
03/07/2024
10:45 MYT
Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind
Gobind Singh Deo berkata pendekatan berkenaan dapat membantu kerajaan merangka solusi serta mengukuhkan tahap keselamatan siber negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara kerajaan dengan pihak industri menerusi dialog, perbincangan dan perkongsian pendapat penting dalam usaha memperkukuh keselamatan dan mengawal jenayah siber di negara ini.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pendekatan berkenaan dapat membantu kerajaan merangka solusi serta mengukuhkan tahap keselamatan siber negara.
"Ia juga penting supaya kita dapat mendengar pandangan daripada keseluruhan (pihak) perniagaan mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil oleh kerajaan.
"Sebahagian besar masyarakat memerlukan perlindungan daripada penipuan dalam talian. Terdapat keperluan untuk kita mula berfikir bagaimana kita boleh melihat penipuan lepas, memahami cara ia beroperasi, mencuba dan meramalkan apa akan mereka lakukan seterusnya dan mewujudkan undang-undang," katanya dalam ucaptama Sidang Kemuncak Pemimpin Anti-Penipuan Tahunan Kedua, di sini hari ini.
Gobind ketika ditemui media berkata digitalisasi sangat penting untuk diadaptasi negara agar dapat bergerak maju seiring negara lain namun pada masa sama kerajaan perlu bergerak lebih cepat daripada penjenayah siber untuk mengekang kegiatan mereka.
"Transaksi digital adalah berbeza dengan cara berniaga dahulu dan ini adalah perubahan yang perlu untuk bergerak ke depan.
"Kita perlu menyesuaikan teknologi dan terus maju," katanya.
Sementara itu, Gobind berkata kementeriannya sedang melakukan pelbagai usaha bagi membendung dan memerangi jenayah siber dalam negara termasuk membentangkan Akta Keselamatan Siber 2024 di Parlimen pada April lepas.
Beliau berkata kementeriannya juga akan membuat pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 pada sesi parlimen ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#keselamatan siber
#kes penipuan
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan