awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keropok racun: Jenazah Luth disemadikan bersebelahan kubur abang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/07/2024
16:26 MYT
Keropok racun: Jenazah Luth disemadikan bersebelahan kubur abang
Jenazah Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, selamat disemadikan bersebelahan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun. - Astro AWANI
BALING: Jenazah Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, selamat disemadikan bersebelahan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun.
Suasana sayu menyelubungi pengebumian jenazah Muhammad Luth Syauqi yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, di sini kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Kira-kira 300 orang termasuk ibu arwah, Nurain Hasnorizal, 25, hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah.
Sebelum itu, jenazah tiba di rumah datuk dan neneknya di Kampung Banggol Berangan dari Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pukul 11.07 malam sebelum disembahyangkan di Surau Lebai Ahmad terletak bersebelahan tanah perkuburan itu.
Muhammad Luth Syauqi menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan yang didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.
Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejarkan ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Sebelum itu, Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi Rabu.
Topic Berkaitan
#keropok racun
#Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan
#disemadikan
#Muhammad Akil Syauqi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan