awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas Kabinet projek pemindahan air Bukit Merah dibentang minggu ini - MB

Bernama
Bernama
11/08/2025
15:00 MYT
Kertas Kabinet projek pemindahan air Bukit Merah dibentang minggu ini - MB
Saarani berkata projek bernilai kira-kira RM6.2 bilion itu dilaksanakan secara JV antara PKNPk dan Gamuda Bhd yang dijangka memberi manfaat ekonomi kepada rakyat di negeri ini. - Gambar Bernama
TELUK INTAN: Kertas Kabinet berhubung pelaksanaan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Bukit Merah bagi menangani krisis bekalan air di utara Perak akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata dokumen berkenaan mengambil kira pandangan serta permintaan kerajaan negeri memandangkan sumber air adalah hak negeri, selain pihaknya lebih memahami pendekatan terbaik projek berkenaan.
"Pelaksanaan projek ini juga perlu memberi keutamaan kepada kontraktor negeri. Kita sudah memutuskan supaya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bersetuju dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda sebagai pelaksana, dengan penglibatan kontraktor kecil tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap, di sini, hari ini.
Saarani berkata projek bernilai kira-kira RM6.2 bilion itu dilaksanakan secara usaha sama (JV) antara PKNPk dan Gamuda Bhd yang dijangka memberi manfaat ekonomi kepada rakyat di negeri ini.
Menurutnya jajaran projek sudah ditetapkan hasil beberapa siri bengkel bersama wakil kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan air setempat.
"Projek ini akan meningkatkan sistem pengairan pertanian di utara Perak dan membekalkan air kepada Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP). Jika ada lebihan, barulah kita pertimbangkan untuk menjual kepada Pulau Pinang.
"Saya berharap projek ini dapat disegerakan kerana kita mahu menyelesaikan masalah pengairan pertanian di sebelah utara dan membantu keperluan air KIGIP," katanya.
Pada Julai lepas, kerajaan negeri memberi mandat kepada PKNPk dan Gamuda untuk mereka bentuk, membina serta mengendalikan kemudahan rawatan dan pengagihan air di Kerian.
Projek penswastaan itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh 90 hari dengan konsesi minimum 40 tahun dan dijangka beroperasi menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#konsesi minimum
#KIGIP
#wakil kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan