awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas PSRA esok ditangguh, sekolah seliaan JAIS ditutup akibat jerebu

Bernama
Bernama
27/09/2015
10:13 MYT
Kertas PSRA esok ditangguh, sekolah seliaan JAIS ditutup akibat jerebu
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.
Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadual esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup esok.
Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad dalam satu kenyataan berkata tindakan itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras yang sangat tidak sihat hari ini.
Beliau menjelaskan peperiksaan berkenaan hanya akan bermula pada Selasa ini menerusi kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada pukul 2.40 petang dan tarikh baharu bagi kertas pertama peperiksaan itu akan diumumkan semula dalam masa terdekat.
Ahmad Zaki turut meminta semua pentadbir sekolah yang terlibat memaklumkan kepada kepada ibu bapa, calon PSRA dan pihak terlibat berhubung perkara itu secepat mungkin.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan tengah hari ini memaklumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta di Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah tutup esok berikutan bacaan IPU yang semakin buruk.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.
Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).
Topic Berkaitan
#Ahmad Zaki Arsad
#IPU
#JAIS
#jerebu
#PSRA
#sekolah agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan