Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar IS akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara.
Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara.
"Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu...players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Hishammuddin berkata kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks.
"Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini," katanya.
Dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron itu, Gabenor Acheh Dr H. Zaini Abdullah menerima DGSM (Kehormat) membawa gelaran Datuk Seri, manakala lima penerima dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Mereka ialah Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Tan Sri Mohd Shukor Mahfar; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim; Setiausaha Kerja Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Melaka Datuk Ab Rauf Yusof dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Datuk R.Ragavan.
Sebanyak 11 penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abd Halim Aman; Mufti Kerajaan Negeri Melaka Dr Mohd Mohadis Yasin; Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pengarah Keselamatan Malaysia Datuk Aloyah Mamat dan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan.
Sementara itu, 78 orang pula menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran 'Datuk' antaranya Pengarah Kastam Melaka Datuk Saadon Mohd Dros dan Pengarah Hospital Melaka Dr Za'aba Baba manakala 26 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM).
Sebanyak 56 menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 89 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 137 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 80 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 17 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).
Bernama
Sat Nov 15 2014
Langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini. - Gambar Fail
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.