Kertas siasatan kes pencemaran Sungai Gong, Rawang, yang menyebabkan gangguan bekalan air sejak Khamis lepas kepada hampir lima juta pengguna di sebahagian kawasan di Selangor, dijangka siap dalam masa terdekat, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wan Hassan Mohd Ramli.
Beliau berkata pihaknya kini, sedang melengkapkan kertas siasatan termasuk mendapatkan keterangan daripada pihak terbabit, dan akan diserahkan kepada Pegawai Pendakwa Raya untuk pertimbangan dan tindakan lanjut, dalam tempoh seminggu.
"SPAN bakal mengambil tindakan tegas kepada pencemar sumber air mentah di Sungai Gong, ini termasuk mempertimbang untuk mengguna pakai Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau maksimum 10 tahun penjara atau hukuman sebatan atau ketiga-tiganya.
"Melalui Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) SPAN mempunyai hak untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak atau individu, yang melakukan kesalahan berkaitan pembekalan air terawat dan perkhidmatan pembetungan termasuk isu pencemaran ke atas sumber air mentah," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Wan Hassan berkata, Kumpulan Pengurusan dan Jawatankuasa Perlesenan, Perundangan dan Penguatkuasaan SPAN, yang diterajui oleh Anggota Suruhanjaya akan membantu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), mengambil tindakan segera dan seterusnya memastikan hukuman wajar dikenakan ke atas pelaku.
BACA: Krisis air: Pemilik premis disyaki cemar Sungai Gong direman 6 hari
BACA: Bekalan air di Lembah Klang 51.6 peratus pulih - Tuan Ibrahim
BACA: Yakin ada bukti kukuh dakwa pencemar air - Amirudin
"SPAN memandang serius segala perbuatan yang membawa mudarat kepada kelangsungan bekalan air pengguna dan akan terus mendokong serta membantu KASA dalam memperkasakan alam sekitarterutamanya kesejahteraan sumber air.
"SPAN juga komited, untuk memastikan sebarang perbuatan salah laku terhadap air bersih dan sumbernya akan diambil tindakan tegas, dalam tempoh sesegera mungkin," katanya.
Terdahulu, media melaporkan proses pendakwaan terhadap pihak yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong akan dilaksanakan minggu depan.
Empat pengurus kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air itu telah direman enam hari sehingga Khamis depan.
Ekoran pencemaran minyak daripada kilang berkenaan pada Khamis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sg Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 05 2020
Keadaan semasa Sungai Gong selepas mengalami insiden pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air. - BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Air Selangor tekad tingkat mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pengguna
Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Pencemaran bau: Empat wilayah di Selangor alami gangguan air tidak berjadual
Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual.
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Bekalan air ke kawasan terjejas pulih 37.3 peratus - Air Selangor
Kawasan-kawasan yang masih terlibat adalah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini - Air Selangor
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor mulai hari ini
Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.