awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki

Bernama
Bernama
03/03/2025
08:11 MYT
Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan itu diserahkan bagi membolehkan pihak berkenaan membuat penilaian mengenai kes itu.
PUTRAJAYA: Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan itu diserahkan bagi membolehkan pihak berkenaan membuat penilaian mengenai kes itu.
Beliau berkata penahanan itu dibuat susulan pengadu mendakwa wartawan itu telah meminta sejumlah wang dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"Dalam hal ini, bila permintaan wang telah dibuat walaupun oleh seorang wartawan yang pada syak kita permintaan itu adalah berkaitan sesuatu perkara iaitu tidak menerbitkan suatu artikel.
"Dia (disyaki) memaksa pengadu itu untuk membayar wang, maka satu kesalahan rasuah dan kesalahan rasuah ini bukan hanya tertakluk kepada penjawat awam ataupun ahli politik sahaja," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#wartawan
#SPRM
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan