Dakwaan salah laku dalam kes tuntutan sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pada masa sama isu tersebut tidak mencalarkan imej negara.

Kata beliau, isu 1MDB berbeza dengan situasi negara yang dilanda pergolakan seperti yang dihadapi di Syria dan Mesir.

Mohamed Nazri menegaskan, Malaysia masih aman dan kedatangan pelancong ke dalam negara adalah bertujuan untuk melancong dan menikmati keindahan dan kebudayaan di sini.

“Kes macam 1MDB ini sebenarnya dia tak ada kesan langsung terhadap mereka yang mahu datang melancong ke negara kita kerana pelancongan negara kita ini berteraskan kepada keindahan alam Sungai Flora dan budaya.

“Apa kena mengena dengan 1MDB melainkan orang seperti Tun Mahathir?” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Program Citrawarna Siam Kelantan di Tumpat pada Jumaat malam.