awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes aktif jangkitan COVID-19 menurun, 11 lagi kes baharu

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/08/2020
09:38 MYT
Kes aktif jangkitan COVID-19 menurun, 11 lagi kes baharu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula menunjukkan penurunan kepada 166 kes berbanding 174 pada hari sebelumnya. - Gambar fail
Sebanyak 11 lagi kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,094 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula menunjukkan penurunan kepada 166 kes berbanding 174 pada hari sebelumnya.
Jelas Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu, lima kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, sementara enam lagi merupakan kes penularan tempatan.
"Lima kes import tersebut adalah dari negara: Australia (tiga kes di Selangor); Jepun (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan Singapura (satu kes di Johor).
"Daripada enam kes penularan di dalam negara, lima kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan di tempat kerja di negeri Selangor.
"Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor," katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 19 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya adalah 8,803 kes atau 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada sebarang kematian direkodkan di negara ini berkaitan COVID-19.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Setakat ini, satu kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Perincian baki kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (lima kes) adalah: - Johor: satu kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom;
- Perak: tiga kes daripada Kluster Kurau seperti yang diperincikan di bawah;
- Melaka: satu kes saringan kemasukan ke wad di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#kes positif
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan