MALAYSIA
Kes anak dirogol depan mata: Ibu, kekasih ditahan polis

Ibu mangsa dan kekasihnya ditahan oleh polis dan disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
AMPANG JAYA: Seorang lelaki warga emas bersama kekasihnya diberkas pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rogol melibatkan remaja perempuan di sebuah rumah di Pandan Indah di sini.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas dan kekasihnya ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Pandan Indah, yang juga anak kepada wanita tersebut.
- Siasatan mendapati kejadian rogol berlaku pada tahun 2024 dan turut disaksikan oleh ibu mangsa, selain terdapat perbualan antara pasangan itu yang menunjukkan niat untuk mengulangi perbuatan di sebuah hotel.
- Kedua-dua suspek ditahan oleh polis dan disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dengan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bebas daripada pengaruh dadah.
"Perbualan tersebut menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan telah dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan turut mendapati mangsa pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024 dan kejadian itu turut disaksikan ibunya sendiri.
"Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua individu warga tempatan masing-masing merupakan wanita berumur 36 tahun dan lelaki berumur 61 tahun oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya.
"Semakan terhadap kedua-dua suspek yang diberkas kira-kira jam 6.30 petang itu mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berniaga," katanya.
Menurutnya, kedua suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah selain tiada rekod jenayah lampau.
"Kes disiasat dibawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan," katanya.
Sinar Harian sebelum itu melaporkan seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya dalam kejadian di sebuah kediaman di ibu kota pada pertengahan tahun lalu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami