KUALA LUMPUR:Kes baharu COVID-19 hari ini mencecah empat angka berbanding tiga angka semalam. 

Ini lima tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai COVID-19 hari ini: 

1.  1,229 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia
sebanyak 83,475 kes.

2. Kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,309 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID19 adalah 69,393 kes.

3. Empat kes kematian COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah  415 kes.

4. Enam kluster baharu dilaporkan melibatkan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

5. Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan dari 14 hari kepada 10 hari.