KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,627 kes baharu COVID-19 direkodkan bagi Minggu Epidemiologi ke-37 (ME 37/2022) iaitu dari 11 hingga 17 Sept lepas berbanding 14,072 kes pada ME36/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Angka kes baharu berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 3.2 peratus.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 37/2022 adalah 26,378 iaitu terdapat penurunan sebanyak 4.1 peratus berbanding minggu sebelumnya," kata beliau dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata 31 kes kematian yang direkodkan pada ME 37/2022 juga menunjukkan penurunan sebanyak 8.8 peratus berbanding 34 kes pada minggu sebelumnya.
Mengenai bilangan kes sembuh pula, beliau berkata ia juga turun sebanyak 16 peratus dengan 14,513 kes itu direkodkan bagi ME 37/2022 berbanding 17,286 kes pada minggu sebelumnya.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 37/2022 menunjukkan penurunan 6.7 peratus bagi pesakit kategori 1 dan 2, manakala tiada perubahan untuk pesakit kategori 3, 4, dan 5.
"Bagi peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19, menunjukkan penurunan satu peratus bagi katil bukan kritikal manakala katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), masing-masing turun dua peratus.
"Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) pula menunjukkan tiada perubahan," kata beliau.
Jumlah kes positif yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga turun.
Mengenai Nilai RT atau kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata ia meningkat kepada 0.96 pada ME 37/2022 berbanding 0.92 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Menurut Dr Noor Hisham, angka kes baharu berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 3.2 peratus. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.
COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham
Jumlah kes sembuh harian sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.
COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357.
COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 12,541 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Jumaat.
249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura
Kementerian tersebut turut memaklumkan akan memberikan lebih banyak perincian kes baharu pada Rabu malam.