awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes banglo: Aktivis politik tarik balik rayuan berhubung pembebasan Guan Eng

Bernama
Bernama
13/08/2020
16:25 MYT
Kes banglo: Aktivis politik tarik balik rayuan berhubung pembebasan Guan Eng
Muhsin Abdul Latheef menfailkan notis penarikan balik rayuan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi yang menggugurkan pertuduhan rasuah melibatkan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.
Seorang aktivis politik Muhsin Abdul Latheef hari ini menfailkan notis penarikan balik rayuan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi yang menggugurkan pertuduhan rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.
Peguam Dr Shamsher Singh Thind yang mewakili aktivis politik itu berkata penarikan balik rayuan itu dibuat susulan Lim dan Phang kini sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth dan pihaknya berpendapat tidak perlu kes yang sama didengar lagi.
Beliau berkata Muhsin sebelum ini telah dikecam kerana ada pihak yang beranggapan anak guamnya itu melakukan perkara tidak betul dengan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Lim selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Phang daripada tuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah lot tanah dan banglo pada 2018.
"Muhsin menfailkan semakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini. Tetapi memandangkan sekarang, Lim dan Phang kedua-dua pelaku kini telah dihadapkan ke mahkamah, biar mahkamah yang putuskan sama ada mereka bersalah ataupun tidak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#Mahkamah Sesyen
#Muhsin Abdul Latheef
#politik
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan