KUALA LUMPUR: Jumlah kes muflis yang melibatkan golongan belia di negara ini menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker.
Beliau berkata berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah belia muflis pada 2020 sehingga Jun lepas adalah 10,137 orang.
Menurutnya penurunan kes muflis bagi belia berumur bawah umur 25 tahun merekodkan 21 belia pada 2020 dan telah menurun kepada 20 orang pada 2021 manakala hanya enam orang direkodkan sehingga Jun lepas.
"Trend penurunan jumlah belia muflis juga dapat dilihat ke atas belia berumur 25 tahun hingga 34 tahun, di mana pada 2020 seramai 1,741 belia telah mengalami muflis. Jumlah ini telah menurun kepada 1,060 pada 2021 dan 425 orang sehingga Jun 2022.
"Situasi yang sama juga dapat dilihat kepada belia berumur 35 hingga 44 tahun. Pada 2020 direkodkan seramai 3,150 orang belia telah mengalami muflis dan ia turun kepada 2,535 orang pada 2021 serta 1,179 orang sehingga Jun lepas," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Aziz Ariffin mengenai jumlah belia yang telah diisytiharkan muflis pada 2020 sehingga kini dan punca utama mereka diisytiharkan muflis.
Menurut Ti, isu pinjaman peribadi menjadi punca utama kes muflis dengan 1,486 orang atau 47 peratus daripada 3,165 keseluruhan kes, diikuti 249 kes disebabkan sewa beli kenderaan dan 654 kes melibatkan pinjaman perniagaan.
Katanya 284 kes pula berikutan pinjaman perumahan manakala 140 kes akibat hutang kad kredit, 84 kes (penjamin korporat), 83 kes (hutang cukai pendapatan), 65 kes (kegagalan membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), tujuh kes (biasiswa atau pinjaman pelajaran) dan 113 kes disebabkan oleh keberhutangan lain.
Dalam perkembangan lain, Ti memakluman kadar pengangguran belia yang berumur 15 hingga 30 tahun bagi tempoh sehingga Mei lepas menunjukkan penurunan sebanyak 0.3 peratus dengan belia yang menganggur menurun sebanyak 25,500 daripada 501,200 orang pada April 2022 kepada 475,700 orang pada Mei 2022.
Beliau berkata berdasarkan data tenaga buruh, Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun bagi 2021 adalah seramai 533,800 orang dengan kadar peratusan 8.5 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.