SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang mengupah 10 peguam bela dalam kes penderaan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Ujar beliau, dakwaan yang dibuat berdasarkan gambar beliau dengan tertuduh tidak berasas kerana sebagai pemimpin, beliau tidak mungkin menolak permintaan orang ramai untuk bergambar.

“Biarlah mahkamah yang menentukan kebenaran melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama.

"Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal.

“Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.

“Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan seperti yang dilakukan kerajaan 22 bulan,” katanya melalui siaran di Facebook rasminya pada Ahad.

BACA: Kes Bella: TMJ tawar khidmat peguam secara percuma

BACA: Kes Bella: Rina sedia menghadap Tunku Mahkota Johor

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sehingga kini, beliau masih lagi menggagahi perjuangan membersihkan namanya di mahkamah.

“Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya `melindungi' kes saya.



Artikel asal di Sinar Harian