KUALA LUMPUR:Perkara dibimbangi rakyat terhadap impak daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhirnya tercetus apabila kes baharu positif COVID-19 pada Isnin melonjak kepada angka 432, kes tertinggi pernah dicatat sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.
Ibarat 'bah' melanda, kes positif baharu yang dikesan, hari demi hari bagaikan tiada henti terus merekodkan peningkatan selepas PRN berakhir pada 26 September, daripada hanya 58 kes positif COVID-19 di seluruh negara semasa hari proses penamaan calon pada 12 Sept lalu, kepada 432 kes.
Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga semalam sebanyak 235 kes positif wabak itu dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept dengan 29 kes terbaharu semalam.
Buat pertama kali juga, kes positif semalam turut melibatkan menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Desas-desus perkara itu mula tular di media sosial sejak pagi semalam apabila dua sidang media yang sepatutnya diadakan semalam oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dibatalkan sehingga menimbulkan pertanyaan.
Ia diikuti kenyataan akhbar oleh Dr Noor Hisham yang memaklumkan seorang individu yang menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Okt, positif COVID-19, sebelum persoalan itu terjawab apabila Dr Zulkifli sendiri memuat naik kenyataan menerusi media sosial mengesahkan dirinya kini sedang menerima rawatan berikutan wabak itu.
Berikutan itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa semua kontak rapat termasuk menteri Kabinet semasa mesyuarat berkenaan diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari 3 Okt selain turut dipakaikan gelang pengawasan.
Muhyiddin juga memaklumkan beliau sendiri menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu mengikut nasihat KKM.
Ismail Sabri dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya malam tadi pula memaklumkan langkah membatalkan sidang media itu dilakukan untuk mengelak risiko jangkitan kepada media yang membuat liputan setelah beliau mengetahui keadaan Dr Zulkifli sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, semalam.
Selain Dr Zulkifli, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei dan ADUN Kota Damansara Shatiri Mansor, masing-masing menerusi media sosial dan kenyataan akhbar semalam turut mengesahkan dijangkiti COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada 27 Sept.
Pada masa sama, Media Prima Berhad juga memaklumkan seorang kakitangan editorialnya yang membuat liputan PRN Sabah, positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada 30 Sept dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.
Bagaimanapun melihat kepada ujian getir dihadapi negara ketika ini, ia bukan masa sesuai untuk menuding jari kepada mana-mana pihak kerana ada juga kluster-kluster baharu yang dikesan melibatkan kealpaan rakyat.
Mereka didapati terus berdegil untuk mengamalkan kebiasaan baharu dalam menghadapi peningkatan kes akibat pandemik itu walaupun nasihat demi nasihat dinyatakan setiap hari.
Semalam sahaja, menurut Ismail Sabri seramai 979 individu ditahan kerana enggan mematuhi SOP dengan kesalahan gagal mematuhi penjarakan fizikal paling banyak direkodkan selain tidak memakai pelitup muka.
Sehubungan itu, seperti kata Dr Noor Hisham, terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan, jadikan ia kebiasaan baharu dalam kehidupan harian dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan.
Kasihanilah petugas kesihatan, jangan biarkan air mata dan peluh mereka selama ini hanya sia-sia, bersama-samalah kita memainkan peranan melandaikan lekuk jangkitan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020

Mengikut rekod KKM, sehingga Isnin, 235 kes positif COVID-19 dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept. - Gambar fail

Politik | Hilang keyakinan terhadap parti, 50 ahli Armada sertai UMNO
Kira-kira 50 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

AWANI Ringkas: Hanya ada satu kem dalam UMNO – Ismail Sabri

Kenaikan harga barang: Kerajaan tak berpeluk tubuh - Ismail Sabri
Langkah tersebut, jelas Ismail Sabri termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM700 juta bagi menstabilkan harga makanan termasuk ayam.
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/thumbnails/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri, Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujudnya dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.

MPN teruskan peranan sebagai badan penasihat kerajaan - Muhyiddin
Pihaknya akan sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran, namun terserah kepada kerajaan untuk menerimanya.

Tommy Thomas dinasihat tidak beri komen kertas siasatan VLN
Tommy Thomas dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang komen mengenai kertas siasatan yang merujuk kepada kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Zuraida masih tunggu tarikh jumpa PM
Zuraida mengesahkan tiada pertemuan antaranya dengan Ismail Sabri pagi ini.

Hak Sultan Johor untuk beri pandangan - Muhyiddin
Kerajaan Persekutuan guna pertimbangan tertentu dalam menentukan sesuatu keputusan selain kepelbagaian tuntutan yang dibuat oleh negeri-negeri.

Isu Zuraida: Harap PM utamakan perjumpaan untuk selesaikan kuota jawatan Menteri - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin ia perlu memandangkan kuota kerusi berkenaan adalah milik Bersatu seperti mana yang telah termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, beliau sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak berkuasa di negara ini jika diminta berbuat demikian.

Ibu bapa Syed Saddiq dakwa anaknya ditekan sokong Muhyiddin
Terdahulu, pihak pendakwaan memaklumkan akan membuktikan kesemua kesalahan yang didakwa dilakukan Syed Saddiq adalah berniat jahat dan tidak jujur.

Dana politik: 'Hanya Muhyiddin yang boleh tentukan' - Tun Mahathir
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta seperti yang didakwa baru-baru ini.

Muhyiddin nafi terima dana politik RM1.3 juta, sifatkan dakwaan palsu
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya beliau ada menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta.