awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi turun 18 peratus tahun lepas

Bernama
Bernama
29/03/2017
06:09 MYT
Kes demam denggi turun 18 peratus tahun lepas
Dari Januari hingga 25 Mac, sebanyak 11,598 kes demam denggi dilaporkan iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding 18,204 kes dalam tempoh sama tahun lepas. Gambar hiasan
Kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 18 peratus dengan 51,652 kes dicatatkan tahun lepas berbanding 63,198 kes pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 78 kes kematian dicatatkan akibat demam denggi berbanding 127 kes pada tahun sebelumnya.
Menurutnya, dari Januari hingga 25 Mac ini, sebanyak 11,598 kes demam denggi dilaporkan iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding 18,204 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
"Dalam tempoh itu juga, 12 kes kematian dicatatkan berbanding 29 kes pada 2016 iaitu pengurangan sebanyak 59 peratus kes kematian," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mat Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) mengenai jumlah kes denggi yang direkodkan sepanjang tahun lepas di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daroyah Alwi
#denggi
#Dewan Undangan Negeri
#kematian
#Mat Shuhaimi Shafie
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan