PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi ketiga tahun ini (ME3/23) iaitu dari 15 Jan hingga 21 Jan menurun lapan peratus atau 201 kes kepada 2,319 kes berbanding 2,520 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 7,058 kes berbanding 2,165 kes dalam tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan 226 peratus atau 4,893 kes, dengan tiga kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding sifar kematian bagi tempoh sama pada 2022.
"Sebanyak 80 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini (ME3/23) berbanding 67 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya," katanya ia melibatkan 50 hotspot di Selangor, 14 di Sabah, sembilan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta tujuh di Pulau Pinang.
Beliau berkata survelan chikungunya merekodkan 11 kes pada ME3/23 dengan masing-masing tiga kes dari Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta dua kes dari Perak, dengan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 47 kes.
"Bagi survelan zika, sebanyak 150 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya negatif," katanya.
Situasi denggi terkini dan carian status denggi di kawasan kediaman, tempat kerja serta kawasan lain yang akan dilawati dapat disemak di laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my/). - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi ketiga tahun ini (ME3/23) iaitu dari 15 Jan hingga 21 Jan menurun lapan peratus atau 201 kes kepada 2,319 kes berbanding 2,520 kes pada minggu sebelumnya. - Gambar fail Astro AWANI

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Kes demam denggi turun 8 peratus pada minggu epidemiologi 3
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.

Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.

Kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat 248.1 peratus
Kes demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248.1 peratus iaitu 1,347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Dis lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes.

Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,734 kes minggu lalu
Statistik ME ke-47 bagi tempoh 20 hingga 26 November itu juga tidak melaporkan sebarang kematian akibat komplikasi demam denggi.

Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas
Dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada minggu berkenaan.

Kes demam denggi naik 16 peratus minggu lepas
Dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.

Kes demam denggi meningkat pada Minggu Epidemiologi ke-40
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,474 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 iaitu dari 2 hingga 8 Okt ini berbanding 1,460 kes pada minggu sebelumnya.

Denggi: Kes meningkat 170.8 peratus di Ipoh - Datuk Bandar
Aktiviti pencegahan dan kawalan perlu dipertingkat, susulan musim hujan berterusan yang boleh meningkatkan densiti nyamuk aedes.