awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi meningkat pada ME03, tiada kematian direkodkan

Bernama
Bernama
29/01/2024
08:46 MYT
Kes denggi meningkat pada ME03, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,971 kes pada Minggu Epidemiologi ke-03 (ME03) 2024 iaitu bagi tempoh 14 Jan 2024 hingga 20 Jan 2024 berbanding 3,525 kes pada minggu sebelumnya. -Gambar fail/Flickr
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,971 kes pada Minggu Epidemiologi ke-03 (ME03) 2024 iaitu bagi tempoh 14 Jan 2024 hingga 20 Jan 2024 berbanding 3,525 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.
Dari segi bilangan lokaliti hotspot, beliau berkata jumlahnya menurun kepada 127 berbanding 136 pada minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor 105 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13), Perak (3) dan Negeri Sembilan (dua).
Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat satu kes direkodkan pada ME03 dengan jumlah kumulatif kes berkenaan sehingga kini adalah dua kes.
"Bagi survelan zika, 97 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#Zika
#Minggu Epidemiologi
#Muhammad Radzi Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan