SHAH ALAM: Polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan seorang wanita Indonesia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan susulan laporan yang dibuat pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata tindakan itu akan dilakukan pihaknya setelah menerima arahan lanjut (OTI) bagi menyiasat kes berkenaan, hari ini.
Sasikala berkata polis setakat ini hanya menerima satu laporan yang dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya semalam.
"Untuk (keterangan) Ebit Lew, kami sudah rakam percakapan beliau. Untuk (Caprice dan wanita Indonesia itu) kami mesti (dapatkan) sebab (mereka) saksi berkaitan kes, kita perlu rakam percakapannya.
"Kita akan lengkapkan siasatan berkenaan kes ini untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Sasikala berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Media semalam melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada Ebit yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular menerusi media sosial yang bertajuk "The Mondy Tattoo Interview".
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata beliau mengesahkan laporan yang diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada 2.17 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Media semalam melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada Ebit yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular menerusi media sosial yang bertajuk "The Mondy Tattoo Interview". - Gambar/ IG capricedaddycap
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan
Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.
'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew' - Saksi kesembilan
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa
Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.