awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes empat sokong IS dipindah ke Mahkamah Tinggi

Bernama
Bernama
17/12/2014
05:10 MYT
Kes empat sokong IS dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan itu dengan cara membeli tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Istanbul, Turki - gambarfail
Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaaan untuk memindahkan kes empat individu termasuk pasangan suami isteri yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Negara Islam (IS), ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di mahkamah tinggi berkenaan.
Pada prosiding hari ini, kes terhadap Muhammad Fadhil Ibrahim, 24 dan Nazhatulshima Sahak, 44, dijalankan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.
Pertuduhan ke atas Muhammad Na'eem Apandi, 24, dan Amir Azlan Zainudin, 48, iaitu suami Nazhatulshima, dilakukan di hadapan Majistret Ellyana Razali.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan itu dengan cara membeli tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Istanbul, Turki.
Mereka didakwa hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kumpulan berkenaan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7 di sini, kira-kira 10.50 malam pada 13 Okt lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mengendalikan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Muhammad Fadhil Ibrahim
#Nazhatulshima Sahak
#pengganas Negara Islam (IS)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan