awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ismail Sabri: RM170 juta sah hak milik kerajaan - Azam Baki

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
09/09/2025
03:20 MYT
Kes Ismail Sabri: RM170 juta sah hak milik kerajaan - Azam Baki
Azam (dua dari kanan) mengesahkan wang berjumlah kira-kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri kini sah menjadi hak milik kerajaan.
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang berjumlah kira-kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini sah menjadi hak milik kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pelucuthakan selepas pihak responden tidak mencabar permohonan berkenaan.
“Ini bermakna wang tersebut secara rasmi menjadi milik kerajaan. Proses memasukkannya ke dalam Consolidated Fund sedang dilakukan dan dijangka dikreditkan ke akaun kerajaan dalam tempoh terdekat.
“Bagaimanapun, pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) masih belum membuat keputusan untuk mendakwa mana-mana individu dalam kes ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, prosiding di hadapan Hakim Suzana Hussin dimaklumkan bahawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, tidak berhasrat mencabar permohonan pelucuthakan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, berkata kedua-dua responden telah menghantar surat kepada mahkamah bertarikh 28 Ogos menyatakan pendirian mereka.
Sementara itu, mengulas kes melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Azam berkata, Datuk Albert Tei bersama dua lagi ADUN telah didakwa di mahkamah.
“Bagi enam ADUN lain, keputusan masih menunggu arahan daripada pihak TPR,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#kes Ismail Sabri Yaakob
#wanga RM170 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan