Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti novel koronavirus dikesan di Malaysia, menjadikannya kes yang keempat.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes terbaharu ini melibatkan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China.

Bagaimanapun, katanya kes tersebut dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif seperti yang telah dilaporkan pada Sabtu.

“Individu tersebut tiba di Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura.

“Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya

“Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran” jelas Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan media malam tadi.

Katanya, mangsa kemudian telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut bagi menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

"Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

"Pada petang 25 Januari 2020, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV.

"Pada ketika ini individu tersebut masih mengalami demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil," kata kenyataan tersebut lagi.

Tambahnya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.

Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh.

Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

BACA: Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu?

B
ACA:
Kesemua empat kes disyaki jangkitan koronavirus di Malaysia, disahkan negatif

B
ACA:
Tak demam, tak sakit tapi bawa virus? Ya memang ada - Pakar