KUALA NERUS: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati sekitar 8,000 kes kehilangan kad pengenalan (MyKad) direkodkan di seluruh negara setiap tahun, sejak kira-kira lima tahun lepas.
Ketua Pengarah JPN Zamri Misman berkata walaupun jumlah tersebut hanya mewakili empat peratus daripada 200,000 pendaftaran MyKad setahun, kes kehilangan MyKad di negara ini tetap membimbangkan.
"Antara alasan paling banyak diberikan ialah salah letak yang berpunca daripada kesalahan sendiri. Kadang-kadang mereka (pemilik MyKad) pergi bercuti dan tinggalkan MyKad (di merata tempat)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Telaga Daing, di sini semalam.
Zamri berkata selain dikenakan denda hingga RM1,000, individu yang kehilangan MyKad juga berdepan risiko dokumen pengenalan diri milik mereka itu disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Justeru, beliau menyeru masyarakat agar menjaga sebaik mungkin MyKad mereka dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya kehilangan dokumen tersebut.
"Saya pohon sekiranya hilang MyKad segera lapor kepada polis dan datang ke JPN untuk kita bantu. Kita bimbang ada orang lain akan gunakannya nanti," katanya.
Terdahulu dalam Program Mekar anjuran JPN itu, warga emas Abdul Wahab Saleh, 71, yang berstatus warganegara menerima MyKad yang disampaikan sendiri oleh Zamri.
Zamri berkata Abdul Wahab yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori lembam sebelum ini tidak pernah mempunyai MyKad, hanya memiliki sijil kelahiran bertaraf warganegara.
"Beliau (Abdul Wahab) tidak pernah berkahwin dan tiada tempat kediaman tetap serta hidup menumpang dengan saudara-mara.
"Usaha mendapatkan kad pengenalan dibuat oleh anak saudaranya pada Mei lepas berikutan kesukaran pembiayaan kos rawatan kesihatan di hospital dan keperluan mendapatkan bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana beliau tidak mempunyai MyKad," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Selain dikenakan denda hingga RM1,000, individu yang kehilangan MyKad juga berdepan risiko dokumen pengenalan diri milik mereka itu disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.
Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.
Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (
Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.