awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian tahanan polis berkurangan tahun lepas

Bernama
Bernama
12/06/2023
10:34 MYT
Kes kematian tahanan polis berkurangan tahun lepas
Shamsul Anuar berkata menerusi penubuhan USJKT, pelbagai penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan tahanan polis dilaksanakan antaranya pemeriksaan lokap dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) lokap. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejak Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) ditubuhkan Januari tahun lepas, jumlah kematian individu dalam tahanan polis yang direkodkan pada 2022 menurun sebanyak 48 peratus kepada 24 kes berbanding 46 kes bagi tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata daripada keseluruhan kematian yang disiasat tahun lepas, USJKT mendapati dua kes mempunyai unsur jenayah iaitu satu di Taiping, Perak (sudah didakwa dan dalam proses perbicaraan) manakala satu lagi di Kelantan (dalam proses siasatan).
Beliau berkata selain itu, terdapat enam kes dirujuk kepada Mahkamah Koroner dan empat daripadanya dalam prosiding inkues manakala dua lagi belum ada arahan lanjut.
"USJKT juga akan membentang hasil laporan, siasatan serta perkembangan setiap kes kematian orang dalam tahanan polis kepada mesyuarat dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) dan SIAP (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan) yang diadakan tiga bulan sekali.
"Mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang bagi siasatan kes kematian individu dalam tahanan polis dan menambah baik pengurusan tahanan PDRM," katanya ketika memberi penerangan kepada Tan Hong Pin (PH-Bakri) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini berhubung langkah Kementerian Dalam Negeri dalam menguruskan kes kematian dalam tahanan polis.
Shamsul Anuar berkata menerusi penubuhan USJKT, pelbagai penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan tahanan polis dilaksanakan antaranya pemeriksaan lokap dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) lokap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes kematian tahanan polis
#USJKT
#Kementerian Dalam Negeri
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan