TAWAU: Takziah kepada keluarga mangsa dan beri peluang kepada polis untuk menjalankan tugas hingga selesai siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung insiden kematian pelajar lelaki disyaki dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis, semalam.
Saifuddin berkata kes yang berlaku di Ipoh, Perak itu sedang disiasat pihak polis dan tangkapan sudah dilakukan, selain kertas siasatan dibuka.
"Apabila semua proses selesai, saya percaya pasukan polis akan beri kemas kini tentang status siasatan dan langkah seterusnya...biar proses itu berlaku sebagai tanda mengakui bahawa itu dalam ruang tugas pasukan polis setelah insiden berlaku.
"Saya yakin pasukan polis akan melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab dan profesional mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini hari ini.
Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya didakwa dikejar dan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta dipandu lelaki berusia 44 tahun berhampiran sekolah berkenaan.
Mengulas isu lain, Saifuddin berkata proses menaik taraf 151 pos keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Perlis hingga ke Sabah sedang berjalan lancar selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM45 juta pada Jun lepas khusus untuk menyegerakan kerja-kerja naik taraf pos kawalan.
"Semalam, saya ditemani Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam Datuk Hazani Ghazali ke satu lokasi di Kalabakan dan kami melihat sendiri pos keselamatan PGA (Pasukan Gerakan Am) berjaya di naik taraf hampir sempurna, boleh dikatakan 90 peratus berbanding keadaan sebelum itu iaitu hanya khemah biasa," katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata terdapat cadangan membina pos keselamatan PGA di pantai timur Sabah namun belum dimuktamadkan kerana perlu melalui tiga proses termasuk dua peringkat jawatankuasa dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, apabila cadangan itu diterima sudah tentu kita akan bincang untuk melihat kewajaran sesuatu cadangan itu, bilangan, lokasi dan semuanya akan diperincikan melalui syor yang diangkat kepada jawatankuasa," katanya.
Beliau turut memuji pengurusan IPD Tawau dalam melaksanakan 16 projek berkaitan aspek penambahan serta naik taraf kemudahan dengan sempurna serta mengikut jadual, termasuk di peringkat balai yang bernilai lebih RM3 juta sepanjang tahun ini.
"Melangkah tahun 2024, kompleks IPD tawau yang terdiri daripada 11 blok pegawai dan anggota dicadang beberapa kemudahan untuk dinaik taraf termasuk surau kepada masjid, yang ada keperluan selain berkaitan keselesaan tempat tinggal, keperluan asas ini adalah keutamaan kami di KDN.
"Kebetulan perkara ini diangkat oleh Ketua Polis Daerah Tawau Jasmin Hussin kepada saya dan Ketua Setiausaha memudahkan untuk dikemukakan di peringkat perancangan strategik kementerian dalam rolling plan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Saifuddin berkata kes yang berlaku di Ipoh, Perak itu sedang disiasat pihak polis dan tangkapan sudah dilakukan, selain kertas siasatan dibuka. - Gambar fail/BERNAMA

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atasnya atas

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar
MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes pelajar dilanggar: Takziah buat keluarga, beri ruang polis jalankan siasatan - Saifuddin
Saifuddin berkata kes yang berlaku di Ipoh, Perak itu sedang disiasat pihak polis dan tangkapan sudah dilakukan, selain kertas siasatan dibuka.