awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pembunuhan Morais: Seorang lagi suspek direman tujuh hari bermula hari ini

Bernama
Bernama
23/09/2015
12:04 MYT
Kes pembunuhan Morais: Seorang lagi suspek direman tujuh hari bermula hari ini
Mayat Morais, 55, yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara ditemui dalam tong dram berisi konkrit - Gambar Fail
Seorang lagi suspek lelaki tempatan yang terlibat dalam kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais ditahan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata suspek berkenaan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul semalam.
Pada masa sama, tempoh tahanan reman seorang suspek yang ditahan sebelum ini dilanjutkan seminggu lagi mulai hari ini, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, tempoh reman enam daripada suspek dilanjutkan sehingga Isnin depan. Setakat ini, 11 suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.
Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata pasukan forensik hari ini mengunjungi sekali lagi lokasi penemuan mayat mendiang di Sungai Kuala Selangor untuk mendapatkan bahan kes.
Mayat Morais, 55, yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.
Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#Jabatan Peguam Negara
#Proton Perdana
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan