KUALA LUMPUR: Sebanyak 903 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud dilaporkan setakat April tahun ini dengan nilai kerugian melebihi RM8 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan statistik polis, penipuan pinjaman tidak wujud terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi saban tahun.
"Sepanjang 2019, sejumlah 5,039 kes telah dilaporkan dengan kerugian sebanyak RM48.42 juta dan kes terus meningkat kepada 5,718 kes dengan kerugian sebanyak RM62.39 juta pada 2020.
"Pada 2021, sebanyak 4,784 kes telah dilaporkan melibatkan kerugian sebanyak RM50.6 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan, analisa oleh pihak polis mendapati satu-satunya cara pihak sindiket mendapatkan wang daripada mangsa adalah melalui bayaran pendahuluan yang kononnya perlu dibayar oleh mangsa sebelum pinjaman diluluskan.
"Pelbagai alasan digunakan oleh pihak sindiket untuk mendapatkan bayaran pendahuluan tersebut antaranya yuran guaman, yuran perjanjian, yuran insurans, yuran kenaikan kredit, yuran CCRIS/CTOS, yuran LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), yuran pengaktifan akaun dan sebagainya," katanya.
Mohd Kamarudin berkata, perkara tersebut adalah bertentangan dengan kaedah pinjaman wang yang dipraktikkan oleh institusi perbankan atau syarikat pinjaman wang berlesen iaitu sebarang yuran yang perlu dibayar akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman.
"Justeru, dapat disimpulkan apa juga pinjaman yang meminta bayaran pendahuluan adalah satu penipuan dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus menjadi manga kepada sindiket penipuan pinjaman tidak wujud itu," katanya.
Orang ramai boleh merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang nasihat atau kemusykilan berkaitan jenayah komersil. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
Sebanyak 903 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud dilaporkan setakat April tahun ini dengan nilai kerugian melebihi RM8 juta, kata Datuk Mohd Kamarudin Md Din. - Gambar BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi "keldai akaun" oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian,.
Kes penipuan pinjaman wang tidak wujud babit kerugian lebih RM8 juta - Bukit Aman
Berdasarkan statistik polis, penipuan pinjaman tidak wujud terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi saban tahun.
Penipuan dalam talian semasa PKP: 14 individu ditahan, 51 kes dilaporkan
Polis Selangor menahan 14 individu terlibat dalam kes penipuan pinjaman wang tidak wujud (PTW) dalam tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.