awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul: Polis ambil keterangan 15 pelajar senior

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/01/2018
01:53 MYT
Kes pukul: Polis ambil keterangan 15 pelajar senior
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan dua yang mendakwa dipukul 15 pelajar senior sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya selepas kertas siasatan siap sepenuhnya.
Noorzainy berkata 15 pelajar berbabit ditahan pada Isnin dan dibebaskan pada hari yang sama selepas keterangan diambil bagi melengkapkan siasatan.
Pihak sekolah juga diminta menyerahkan laporan prestasi pelajar yang terlibat kepada pihak polis.
Semalam seorang pelajar lelaki tingkatan dua mengalami lebam di beberapa anggota badan selepas mendakwa dipukul lebih 15 pelajar senior, pada Sabtu.
Mangsa mendakwa telah dipukul pada badan, ditampar dan ditendang oleh sekumpulan pelajar senior di koridor tingkat tiga asrama lelaki sekolah berkenaan.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelajar tingkatan empat kerana diejek dan ditertawakan mangsa.
Selain mangsa, tiga pelajar lain turut dipukul oleh sekumpulan pelajar tersebut namun masih belum tampil membuat laporan polis.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#buli sekolah
#Kepala Batas
#kes buli
#kes pukul
#mangsa buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan