PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor akan diberikan salinan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya (TPR) kanan setelah pihak pendakwaan bersetuju menyerahkan dokumen itu kepada mereka.
TPR Ahmad Akram Gharib akur rayuan Rosmah dibenarkan dan juga pihak pendakwaan memberikan surat pelantikan bertarikh 8 Julai 2020 kepada pihak pembelaan dengan pengecualian untuk tidak memasukkan bahagian-bahagian tertentu yang tidak berkaitan dengan kes Rosmah.
Berikutan perkembangan itu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Suraya Othman membenarkan rayuan Rosmah untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai TPR kanan dalam perbicaraannya yang berkaitan dengan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Beliau membenarkan permohonan Ahmad Akram untuk memberikan salinan dokumen itu kepada pihak pembelaan pada Isnin.
Hakim lain yang bersidang ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Ghazali Cha.
Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.
Rosmah, 69, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima RM6.5 juta suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu.
Rasuah itu didakwa diterima menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
BACA: Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
BACA: Rosmah Mansor dipanggil bela diri... tidak bermaksud bersalah
BACA: Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
Semasa prosiding berlangsung, Suraya menyoal Ahmad Akram sama ada terdapat surat pelantikan Sri Ram, yang beliau jawab: Ya.
Setelah membaca surat pelantikan itu, hakim itu berkata, berdasarkan pengamatan mahkamah, dokumen itu tidak memenuhi dua daripada tiga syarat yang diminta oleh peguam Rosmah.
Beliau berkata, surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 November 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.
Sebaliknya, beliau berkata, surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani Peguam Negara sekarang, Tan Sri Idrus Harun.
Pasukan pembelaan Rosmah, yang diketuai peguam Datuk Jagjit Singh, sebelumnya memohon mahkamah supaya melihat tarikh surat pelantikan tersebut dan siapa yang menandatanganinya serta sama ada surat itu mengandungi butir-butir berkaitan dengan tuduhan terhadap Rosmah.
Di luar mahkamah, Jagjit memberitahu pemberita bahawa ketika Rosmah didakwa, tiada surat pelantikan untuk Sri Ram bertindak sebagai TPR kanan.
Tindakan Sri Ram sepanjang kes pendakwaan, pada pandangan beliau adalah batal kerana tidak pernah dilantik.
“Sekarang isunya adalah sama ada kami akan memohon perbicaraan semula,” katanya.
Mahkamah Tinggi pada 18 Februari lepas, mengarahkan Rosmah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
- Bernama
Bernama
Thu Apr 08 2021
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima RM6.5 juta suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd berkaitan projek tenaga solar. - Gambar fail/ Bernama
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.
Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.
Rosmah mohon batal 17 pertuduhan elak cukai, pengubahan wang haram
Rosmah memfailkan notis semalam, memohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 4 Okt 2020.