PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ahmad Zahid, yang juga Menteri kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek integriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu.
Beliau berkata salah laku sedemikian perlu dielak daripada berulang kerana KKDW merupakan sebuah agensi yang dekat dengan rakyat khususnya di luar bandar.
"Hanya kerana nila setitik, persepsi terhadap organisasi akan bertukar menjadi negatif... soal integriti yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi," katanya ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di sini hari ini.
Sabtu lepas, media melaporkan mengenai penahanan penolong akauntan Kesedar, sebuah agensi di bawah KKDW, bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.
Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2016 hingga Mei 2023 melibatkan 194 transaksi wang daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat milik suspek yang secara keseluruhan berjumlah RM24,800,189.73.
Memuji pencapaian sejak beliau menerajui kementerian itu tujuh bulan lepas, Ahmad Zahid berkata momentum itu perlu dikekal dan ditambah baik bagi memastikan KKDW antara yang terbaik dalam kalangan semua kementerian.
"Saya berharap saudara dan saudari di KKDW akan terus mengekalkan budaya dan momentum kecemerlangan bagi memastikan KKDW terus cemerlang serta menjadi pemacu perubahan dalam memajukan masyarakat di desa," katanya.
Bagi melahirkan kakitangan berprestasi tinggi, Ahmad Zahid mahu kakitangan yang cemerlang membantu rakan sekerja yang berprestasi rendah agar mereka boleh mencontohi amalan kerja dan ciri-ciri yang baik dalam menjalankan tugasan masing-masing.
"Pendekatan yang boleh diambil ialah kaedah pementoran serta bimbingan daripada penyelia, ketua jabatan dan pegawai berprestasi tinggi dalam organisasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Ahmad Zahid, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek integriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu. - Gambar Bernama
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri
Hamid berkata, warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Beliau mengakui budaya ini lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kuat.
Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti - KPN
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Pembiaya litigasi pihak ketiga antara fokus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing bacaan kali kedua
Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.
Integriti nadi utama pastikan Malaysia hebat di persada dunia - Mohd Zuki
Sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023.
KPT bentang empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera di KEB 2024
KPT menggariskan empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan bermula Khamis ini.