awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman 1MDB: Firma guaman tarik diri wakili ibu Jho Low

Bernama
Bernama
30/11/2022
10:06 MYT
Kes saman 1MDB: Firma guaman tarik diri wakili ibu Jho Low
Pengurusan kes saman terbabit ditetapkan pada 21 Dis ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebuah firma guaman hari ini menarik diri daripada mewakili ibu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam kes saman berjumlah AS$3.7837 bilion yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Pengurusan kes ditetapkan pada 21 Dis ini," kata peguam itu ketika dihubungi selepas prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini yang turut disertai peguam Oh Choong Ghee, mewakili firma guaman tersebut.
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low, ibu dan bapanya, kakak dan adik lelaki Jho Low iaitu May Lin dan Taek Szen serta rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong selaku defendan.
Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.
1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.
Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin dan Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu jho low
#1MDB
#Low Taek Jho
#ahli perniagaan dalam buruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan