Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Simon Murali yang mewakili Lim turut menyebut bagi pihak peguam defendan dan membacakan pernyataan maaf itu di dalam mahkamah di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop.
Permohonan maaf itu berbunyi: "Kami merujuk kepada artikel yang diterbitkan dalam edisi New Straits Times pada 5 Februari 2017 bertajuk, Political Intervention was real, says PAS dan dengan nota editorial yang tertera, Guan Eng had hand ini non-renewal of Mufti's contract.
"Artikel itu mengandungi kenyataan memfitnah YB Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan sekarang adalah Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
"Kami dengan ini secara tulus ikhlas memohon maaf tanpa syarat kepada YB Lim Guan Eng bagi penerbitan artikel tersebut dan menyatakan penyesalan kami yang mendalam atas apa jua kesusahan dan penderitaan yang mungkin diakibatkan kepada beliau".
Mahkamah turut memerintahkan NSTP selaku defendan membayar kos kepada Lim selaku plaintif dalam kes itu sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi.
Mahkamah turut memerintahkan defendan mencetak, menyiarkan dan menerbitkan dalam akhbar New Sunday Times (edisi hari Ahad surat khabar New Straits Times) pernyataan maaf tanpa syarat dan pernyataan maaf itu hendaklah disiarkan dan diterbitkan dalam muka surat 3 akhbar New Sunday Times bersama dengan gambar foto plaintif.
Rosilah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dan membatalkan saman tersebut.
Pada Ogos tahun lalu, Lim memfailkan saman itu terhadap NSTP dan mendakwa pada 5 Feb 2017, defendan telah mencetak dan menerbit dan /atau menyebabkan percetakan dan penerbitan di dalam NST yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk Political Intervention was real, says PAS.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa artikel tersebut telah menjejaskan reputasinya dan menyebabkan plaintif terdedah dengan penghinaan, kebencian, keaiban dan skandal awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Pada Ogos 2017, Lim memfailkan saman terhadap NSTP kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Political Intervention was real, says PAS' yang telah menjejaskan reputasinya. - Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia.
Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.
Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.
Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel
Najib mendakwa artikel dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International.
Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Ramasamy berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.
Kes SRC: Najib dibebas atau dipanggil bela diri diketahui 11 Nov
Mohd Nazlan menetapkan 3 dan 4 Dis, 9 Dis hingga 12 Dis serta 16 Dis untuk mendengar pembelaan Najib sekiranya mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.