awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tangkapan ular meningkat di Sik ekoran cuaca panas - APM

Bernama
Bernama
22/12/2025
15:15 MYT
Kes tangkapan ular meningkat di Sik ekoran cuaca panas - APM
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata sejak awal hingga pertengahan bulan ini, sebanyak 36 ular termasuk tujuh ular tedung selar dan lima ular senduk telah ditangkap. - Gambar fail/BERNAMA
SIK: Cuaca panas dan kering menyebabkan peningkatan mendadak kes tangkapan ular di daerah ini, termasuk membabitkan ular berbisa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata sejak awal hingga pertengahan bulan ini, sebanyak 36 ular termasuk tujuh ular tedung selar dan lima ular senduk telah ditangkap.
"Peningkatan agak ketara berbanding November lepas yang membabitkan 27 ekor ular termasuk dua ular tedung selar dan dua ular senduk.
"Cuaca panas dan kering turut menjadi faktor reptilia ini keluar dan mencari tempat sejuk untuk berlindung dalam rumah penduduk seperti di dapur dan bilik air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai diminta sentiasa peka dan waspada dengan keadaan sekeliling.
"Berdasarkan pemerhatian spesies tedung selar dipercayai gemar memakan biawak, ini kerana kawasan penemuan ular turut dijumpai biawak.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kes kecemasan khususnya di daerah ini boleh menghubungi APM Sik di talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#kes tangkapan ular
#meningkat
#daerah Sik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan