awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tapak pembuangan sampah haram di Selangor turun - Exco

Bernama
Bernama
21/10/2021
20:00 MYT
Kes tapak pembuangan sampah haram di Selangor turun - Exco
Penurunan sebanyak 56 peratus itu jelas amat signifikan, yang membuktikan bahawa kerajaan Selangor berada pada landasan yang tepat bagi membendung masalah sampah haram ini. -Bernama
SHAH ALAM: Statistik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor menunjukkan bahawa kes-kes berkaitan tempat pembuangan sampah secara haram di Selangor mencatatkan penurunan ketara daripada 1,983 kes pada tahun 2019 kepada 874 kes tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri Ng Sze Han.
Dalam kenyataannya beliau berkata penurunan sebanyak 56 peratus itu jelas amat signifikan, yang membuktikan bahawa kerajaan Selangor berada pada landasan yang tepat bagi membendung masalah sampah haram ini.
Katanya perkembangan ini menunjukkan bahawa tiada korelasi yang jelas untuk mengaitkan isu sampah haram dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang tidak diterima pakai di Selangor.
Menurutnya berdasarkan statistik berkenaan, akta-akta sedia ada dan tindakan penguatkuasaan oleh PBT didapati memadai buat masa ini untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram di Selangor.
Ng berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Datuk Mohd Zain Hassan yang dilaporkan media sebagai berkata terdapat lambakan tapak pelupusan sampah haram di Selangor berikutan negeri ini tidak tertakluk pada Akta 672 itu.
Beliau menambah kenyataan Mohd Zain itu adalah kurang tepat, berat sebelah dan tidak berlandaskan fakta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#tapak pembuangan sampah
#Exco
#pihak berkuasa tempatan
#Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan