awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak polis bantuan: Suspek direman lima hari

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2022
05:14 MYT
Kes tembak polis bantuan: Suspek direman lima hari
Muhamad Zaki berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam pada Sabtu dan mangsa yang berusia 30 tahun cedera di dada selepas terkena tembakan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes tembak anggota polis bantuan di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Pasir Mas, Salor di sini pada Sabtu.
Suspek berusia 35 tahun itu ditahan reman berkuat kuasa Ahad sehingga Khamis ini.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Ahad.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan mangsa yang berusia 30 tahun cedera di dada selepas terkena tembakan.
“Mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan dirinya terkena tembakan sekitar jam 11.30 malam.
“Mangsa yang menunggang motosikal juga sempat ke kedai nasi lemak di Salor, Kota Bharu untuk meminta bantuan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi rawatan lanjut.
“Mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan namun berada dalam keadaan stabil dan masih ditidurkan,” katanya.
BACA: Polis tahan seorang suspek kes tembak polis bantuan di Salor
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tembak polis bantuan
#reman
#Muhamad Zaki Harun
#Mahkamah Majistret Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan