GEORGE TOWN:Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang parah dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata ambulans yang membawa Norihan tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 9.20 malam Rabu untuk rawatan lanjut.
Mangsa dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga peluru di bahagian perut dan berdekatan tulang belakang.
Norihan dibawa dari HTF pada jam 7.40 malam dengan menggunakan ambulans yang diiringi kereta peronda polis.
Dua ahli keluarga mangsa turut hadir di hospital berkenaan.
Pada Selasa, seorang anggota PGA yang bertugas di Pos Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, maut dipercayai akibat ditembak.
Ketika kejadian jam 3.10 pagi, mangsa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54 tahun, sedang bertugas bersama Norihan, 39 tahun.
BACA: Anggota PGA ditembak: "Suami tinggalkan kami sebagai wira negara" - Isteri
BACA: Anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli selamat disemadi
BACA: Anggota PGA ditembak tidak pakai jaket kalis peluru kerana tugas risikan
Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HTF Kangar.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 25 2020

Mangsa dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga peluru di bahagian perut dan berdekatan tulang belakang. - Astro AWANI

PKP 2.0 | Bekalan roti putih di Pulau Pinang berkurangan
Walaupun bekalan barangan mencukupi sepanjang PKP 2.0, tetapi masih ada barang makanan seperti roti putih didakwa sukar di perolehi kerana kehabisan bekalan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memaklumkan sejak PKP dilaksanakan seminggu lalu pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai termasuk peniaga, kekurangan bekalan roti putih dan roti benggali di negeri itu.

Jalan rosak | Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.
![AWANI Sarawak [24/01/2021] - Dua lagi kematian | Peruntukan RM57 juta | Apa ada pada arif? AWANI Sarawak [24/01/2021] - Dua lagi kematian | Peruntukan RM57 juta | Apa ada pada arif?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/5302695291611490270865/1887037_9774204481611490545955_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [24/01/2021] - Dua lagi kematian | Peruntukan RM57 juta | Apa ada pada arif?
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - Sarawak catat kes tertinggi harian COVID-19 - Sarawak kini mampu kendali 6,000 ujian rT-PCR sehari - Ada apa pada Arif? #HapusCOVID19 #NormaBaharu

Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham
EuroCham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

COVID-19: 9 kluster baharu dikesan, 8 daripadanya kluster tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.

Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP/PKPB - 24 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Bersyarat (PKP/PKPB) hari ini.

COVID-19: 10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu diarah tutup
Sebanyak 10 buah sekolah rendah di Terengganu ditutup bermula hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di sekolah berkenaan.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

Dua beradik jumpa mayat bapa dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Sarjan Norihan ingat kejadian tembakan - Ketua Polis P. Pinang
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding semalam dan lebih banyak bercakap hari ini.

Sarjan Norihan terima Watikah Wira Negara daripada Yang di-Pertuan Agong
Penyerahan watikah dan surat itu dilakukan juruiring baginda, Datuk Yahaya Othman bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan.

Kes tembakan PGA: Sarjan Norihan jalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang
Ambulans yang membawa Norihan tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 9.20 malam Rabu untuk rawatan lanjut.

Gelandangan warga emas berkerusi roda disamun, ditumbuk berkali-kali
Seorang gelandangan cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki yang bertindak menyamun beg sandangnya.

COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 malam selepas dipercayai berjalan kaki daripada HPP hingga ke kawasan Bayan Lepas yang mana jaraknya kira-kira 25 kilometer.

Polis Pulau Pinang giat kesan pesakit COVID-19 larikan diri dari hospital
Polis Pulau Pinang sedang menjejaki seorang lelaki dipercayai pesakit COVID-19 yang melarikan diri daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Bayi baru dilahirkan ditemui dalam beg atas peti surat
Bayi seberat 3.2kg itu dibalut dengan tuala putih disumbat didalam beg galas bagaimanapun diselamatkan seorang penduduk.

Lapan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan positif COVID-19
Lapan warga emas penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan di Pongsu Seribu, disahkan positif COVID-19 dan semua mereka kini menerima rawatan.

Tiada petugas di Penjara Reman positif COVID-19 setakat ini
Setakat hari ini belum ada lagi petugas Penjara Reman yang didapati positif COVID-19.

Berhenti kerja demi jaga anak hidap kanser otot
Terpaksa berhenti kerja sejak sebulan lepas demi memastikan anak perempuan mereka berusia empat tahun Saffiya Aisyah dirawat dengan baik.