Skip to main content

Malaysia

Kes tikam 61 kali: Polis nafi bapa suspek pegawai kanan polis

https://www.sinarharian.com.my/article/778356/berita/semasa/kes-bunuh-nurfisya-polis-nafi-bapa-salah-seorang-suspek-pegawai-kanan-polis
Sebelum ini, tular dakwaan bahawa bapa salah seorang suspek yang ditahan merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi. - Gambar/ Sinar Harian

KOTA BHARU: Polis menafikan bapa salah seorang suspek yang didakwa menyebabkan kematian seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, dakwaan tersebut tidak benar.

Advertisement

"Selagi benda itu bukan kenyataan rasmi dari pihak polis, jangan percaya.

"Warganet ini kadang-kadang siasatan mereka lebih daripada polis," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, tular dakwaan bahawa bapa salah seorang suspek yang ditahan merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan mayat Nurfisya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Ketereh oleh penduduk jam 12.22 tengah malam pada Jumaat.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut. - Sinar Harian

 

Must Watch Video