awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tikam kakitangan Astro AWANI: 2 direman, polis giatkan operasi kesan suspek

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/12/2015
11:07 MYT
Kes tikam kakitangan Astro AWANI: 2 direman, polis giatkan operasi kesan suspek
Datuk Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di kawasan berkenaan pada kira-kira 2 petang. - Gambar Fail
Dua lelaki tempatan ditahan reman hingga 23 Disember depan bagi membantu siasatan kes kakitangan Astro AWANI yang ditikam di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan perkara tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Astro AWANI di sini hari ini.
"Kedua-dua suspek ditahan reman hingga 23 Disember untuk bantu siasatan," katanya.
Polis juga sedang mempergiatkan operasi untuk menangkap beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
Sebelum itu, Zainuddin berkata kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di kawasan berkenaan pada kira-kira 2 petang Sabtu.
"Kedua-dua lelaki itu tidak bekerja dan mereka akan direman hari ini.
"Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut Zainuddin, kedua-dua suspek disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya selain Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
BACA: Petugas Astro AWANI ditikam: "Mummy, ada orang pukul saya.. perut saya sakit"
Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, Ahmad Hawari Zakaria, 32, dilaporkan ditikam di perut dan kini berada di Wad Pembedahan selepas dirawat lebih 24 jam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#ahmad hawari zakaria
#ditikam di perut
#Hospital Kuala Lumpur
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan