awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tinggi COVID-19 Sabah berpunca saringan 12 kluster - Masidi

Bernama
Bernama
13/12/2020
23:36 MYT
Kes tinggi COVID-19 Sabah berpunca saringan 12 kluster - Masidi
MASIDI: Aktiviti majlis sosial tanpa mematuhi SOP akan meningkatkan risiko penularan COVID-19. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Sabah mencatatkan kes baharu agak tinggi semalam iaitu sebanyak 333 kes, kebanyakannya berpunca daripada saringan ke atas 12 kluster sedia ada, yang merekodkan 166 kes iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah kes baharu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi COVID-19 kerajaan negeri berkata kluster yang merekodkan jumlah tertinggi ialah Kluster Rumah Merah yang mencatatkan 78 kes baharu semalam.
"Selain itu, 104 kes baharu adalah daripada saringan kontak rapat di 13 daerah, saringan bergejala 42 kes, saringan komuniti dua kes, manakala selebihnya adalah dalam lain-lain kategori," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata kebelakangan ini, didapati semakin banyak kluster yang terbentuk daripada penganjuran majlis-majlis sosial yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, termasuk majlis sosial yang melibatkan kaum keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan.
"Aktiviti majlis sosial tanpa mematuhi SOP akan meningkatkan risiko penularan COVID-19. Justeru, adalah penting bagi kita sentiasa berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling daripada mendapat jangkitan," katanya.
Sementara itu Masidi berkata Sabah kini mempunyai 6,595 katil untuk merawat pesakit COVID-19 dengan 28.87 peratus sedang digunakan dan daripada jumlah itu, 1,029 katil adalah di hospital manakala selebihnya di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sabah
#Masidi Manjun
#PKRC
#SOP
#kluster
#jumlah tertinggi
#Kluster Rumah Merah
#kontak rapat
#ujian saringan
#majlis sosial
#keraian
#keagamaan
#keluarga
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan