awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes viral: Tiga pelajar buli, belasah rakan sekolah ditahan reman

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/09/2020
05:11 MYT
Kes viral: Tiga pelajar buli, belasah rakan sekolah ditahan reman
Ketiga-tiga suspek kelihatan sugul tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tanah Merah 1 pada Khamis. - Astro AWANI
Tiga pelajar yang dipercayai membelasah rakannya di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1, Tanah Merah direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zul Zakiquddin Zulkifli.
Ketiga-tiga pelajar tingkatan lima itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tanah Merah 1 pada jam 9 pagi dengan menaiki lori polis.
Ketiga-tiga suspek kelihatan sugul selepas mahkamah menetapkan perintah tahanan reman terhadap mereka.
Semalam, tular di media sosial video dua orang pelajar membelasah seorang pelajar tingkatan satu sambil dirakam rakan mereka di sebuah asrama lelaki.
Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dipercayai bergurau dengan tiga seniornya untuk membelanja mereka makan makanan segera, namun tidak menunaikannya.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa berhubung kejadian di asrama lelaki sekolah tersebut.
Ketiga-tiga suspek telah ditahan polis petang semalam selepas menerima laporan daripada mangsa.
Topic Berkaitan
#asrama
#buli
#Mahkamah Majistret
#reman
#SMK Kemahang 1
#suspek
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan