awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zahid: Masa pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksana - Rasuah Busters

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/09/2023
11:47 MYT
Kes Zahid: Masa pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksana - Rasuah Busters
Menurut Rasuah Busters, keputusan prima facie mahkamah yang dibuktikan oleh pendakwa sebelum ini seolah tidak bernilai.
SHAH ALAM : Keputusan melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah keputusan yang benar-benar mengecewakan dan amat membimbangkan.
Rasuah Busters dalam satu kenyataan pada Selasa menegaskan, keputusan prima facie mahkamah yang dibuktikan oleh pendakwa sebelum ini seolah-olah tidak bernilai.
Tambahnya, Timbalan Perdana Menteri itu juga telah kehilangan peluangnya untuk membuktikan dirinya bersih dan tidak bersalah melalui keterangan dan bukti melalui kes pembelaan.
BACA: Pendakwaan mohon Ahmad Zahid lepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan
Katanya lagi, tanpa sebarang penjelasan yang munasabah daripada Pejabat Peguam Negara, ia menimbulkan persepsi bahawa wujudnya campur tangan eksekutif atau politik.
“Justeru, ini adalah masa yang amat kritikal untuk pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksanakan.
“Kebebasan badan kehakiman hendaklah terjamin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Parlimen segera seperti mana gesaan oleh #RasuahBusters dan rakan gabungannya sebelum ini,” menurut kenyataan itu.
[TERKINI] Selepas DAP, Amanah pula minta Idrus beri penjelasan
Dalam pada itu, RasuahBusters menegaskan bahawa tamadun yang ingin dibina oleh kerajaan Madani telah menekankan kompas moral dan etika sebagai teras bernegara.
“Dalam konteks tersebut memelihara kedaulatan undang-undang harus tanpa prejudis selari dengan etika yang dituntut oleh rakyat terhadap barisan kepimpinan kerajaan hari ini.
“#RasuahBusters turut mendesak kerajaan agar serius untuk memastikan reformasi institusi ditunaikan dan fokus untuk memulihkan ekonomi negara serta tidak memanipulasi kuasa politik,” menurut kenyataan itu lagi.
Ahmad Zahid lepas tanpa bebas kes rasuah, pecah amanah, AMLA
Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#bebas tanpa lepas
#rasuah busters
#Peguam Negara
#pendakwa raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan