MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Sidang media khas JSJ dijangka diadakan 3.30 petang ini

Zara Qairina, 13, yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu. - Gambar fail
Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk M. Kumar Muthuvelu dijangka akan mengadakan sidang media khas di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman, di ibu negara sehubungan kes kematian Zara Qairina Mahathir.
Sidang media berkenaan dijangka tertumpu kepada kes kematian Zara Qairina, 13, yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu.
Terdahulu, Zara Qairina dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.
Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina. AGC menerusi kenyataan pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat susulan laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Sidang media itu akan disiarkan di saluran 501 Astro AWANI, platform media sosial dan Live TV (astroawani.com) pada petang ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami