awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zayn Rayyan: Ada arahan 'pihak atasan' tidak bekalkan minit prosiding reman - Peguam

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
09/04/2025
09:04 MYT
Kes Zayn Rayyan: Ada arahan 'pihak atasan' tidak bekalkan minit prosiding reman - Peguam
Dalam prosiding hari ini, peguam bela memberitahu bahawa beliau sudah memohon kepada Mahkamah Majistret supaya dibekalkan minit prosiding reman kedua-dua tertuduh untuk memudahkan pihaknya menyoal balas. - Bernama
PETALING JAYA: Pasukan pembelaan dalam kes perbicaraan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, akan meminta penjelasan daripada Mahkamah Majistret di sini berkenaan permohonan bagi mendapatkan carian minit prosiding reman yang didakwa ditolak ‘pihak atasan’.
Peguam bela, Haresh Mahadevan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, yang kini dibicarakan atas pertuduhan pengabaian anak, meminta penjelasan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh.
Dalam prosiding hari ini, Haresh memberitahu bahawa beliau sudah memohon kepada Mahkamah Majistret supaya dibekalkan minit prosiding reman kedua-dua tertuduh untuk memudahkan pihaknya menyoal balas pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail dijangka pada 21 April ini.
“Bagaimanapun, amat mengejutkan dan mengecewakan, kami menerima jawapan ‘pihak atasan’ ada bagi arahan supaya minit prosiding reman ini tidak akan dibekalkan.
“Ini boleh menyebabkan anak guam saya tidak menerima perbicaraan yang adil dan ini adalah public document,” katanya pada prosiding hari ini.
Sementara itu, Haresh ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya membuat permohonan itu secara rasmi pada 18 Februari lalu.
“Bagaimanapun, kita mendapat jawapan balas daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 19 Februari lalu pada jam 4.25 petang, arahan daripada pihak atasan adalah carian minit prosiding reman tidak akan dibekalkan, siapa ‘pihak atasan’ yang dimaksudkan,” katanya.
Perbicaraan selama 16 hari bermula pada 4 Februari lalu dengan pendakwaan sudah memanggil 27 saksi setakat hari ini, dan dijangka Mohd Hafizee adalah saksi terakhir yang akan dipanggil.
Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama di sini antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Zaynn Rayyan Abdul Matiin
#Mahkamah Sesyen
#minit prosiding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan